Masjid Al Abdul Razak
Setiap tahun, apabila adanya Majlis Haul, ramai murid-murid akan kembali berkumpul dan memperingati jasa guru-guru mereka dan semoga Allah SWT mencucuri Rahmatnya ke atas mereka semua. Pada setiap tahun juga di bulan Ramadan, Majid Al Abdul Razak mengekalkan tradisi yang diajar dan dipimpin oleh mereka iatu membaca Ratib, Berdoa dan Berqasidah. Acara kemuncaknya ialah berkhatam Al-Quran di malam-malam akhir Ramadan.
Jawatankuasa Masjid Al Abdul Razak telah ditubuhkan dan diterajui oleh Cikgu Mohd Khair bin Mohd Don. Atas jasa beliau berserta ahli-ahli jawatankuasa yang lain, semua aktiviti-aktiviti masjid pada waktu itu berjalan lancer pada setiap tahun, Alhamdulillah. Dan kita masih menyambung usaha-usaha murni mereka menyumbang serta menjalankan aktivit-aktiviti Masjid Al Abdul Razak dengan lebih giat.
Pada tahun ini di bulan Mac ’08, bermulanya projek peningkatan Masjid Al Abdul Razak dan pelbagai usaha-usaha mendapatkan dana telah diadakan. Alhamdulillah, dana Masjid Al Abdul Razak mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada keihsanan masyarakat Islam Singapura..
Setinggi-tinggi penghargaan juga kepada para penaja iklan kalendar 2009 yang membantu Masjid Al Abdul Razak menerbit kalendar yang mencerminkan sejarah Masjid serta sumbangan ulama-ulama kebanggaan kita di mana kami yakin jejak langkah mereka dapat disambung dan diikuti oleh para asatizah sekarang.
Besar harapan kami, dengan keadaan Masjid yang lebih selesa untuk para Jemaah beribadah dan menyokong aktiviti serta program Masjid, mudah-mudahan kami dapat memberikan perkhidmatan yang bermutu tinggi khususnya para Jemaah Masjid Al Abdul Razak dan masyarakat Islam Singapura secara amnya, Amin.

